top of page
SIAPA SAYA 

Pada asalnya saya seorang penulis blog suka-suka sejak berumur 18 tahun. Setelah melangkah ke matrikulasi dan universiti, saya sudah terdedah dengan aktiviti perniagaan melalui rakan-rakan saya. Saya mula tertarik dengan disiplin ahli perniagaan yang berjaya. Hasil daripada itu, saya kerap membaca buku-buku motivasi perniagaan. Kebanyakan buku-buku motivasi perniagaan yang saya baca adalah dalam bahasa Inggeris, yang jarang dapat ditemui di Malaysia dan diterjemah kepada Bahasa Melayu. Saya tidak pasti mengapa. Hakikatnya begitulah. Jika adapun, mungkin tidak laris kerana penulisnya tidak sepopular Donald Trump, Mark Zuckerberg, dan John C Maxwell. Bagi saya, terdapat teknik-teknik yang ditulis dalam buku-buku berbahasa Inggeris sangat berguna. Walaupun terdapat banyak buku percuma di internet, namun, rakyat Malaysia agak ketinggalan membaca buku-buku berbahasa Inggeris. Buku bahasa Inggeris tidak bermaksud penulisnya tinggal di Amerika dan Eropah sahaja, tetapi terdapat banyak penulis dari Timur Tengah turut juga menulis. 

 

Oleh yang demikian, saya akan membawakan buku-buku terjemahan perniagaan Berbahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Terdapat banyak seminar keusahawanan di Malaysia sebenarnya, namun kerana kesibukan seharian rakyat Malaysia, mana mungkin untuk konsisten menghadirinya setiap minggu. Dengan khidmat buku daripada saya, saya pasti ia akan dapat membantu bakal pelanggan saya untuk berjaya dalam strategi perniagaan mereka. 

 

FAEDAH MEMILIKI BUKU-BUKU DARIPADA SAYA

Anda akan mengetahui teknik-teknik ilmu perniagaan daripada ahli perniagaan seluruh dunia.  

Anda dapat mengaplikasi strategi perniagaan apabila anda sudah mengetahui teknik-teknik ahli perniagaan yang berjaya.

Teknik-teknik yang berjaya akan melonjakkan lagi keuntungan perniagaan anda. Teknik-teknik yang tidak berjaya akan membuka mata anda tentang tahap keberkesanannya. Anda saja yang tahu berbanding ahli perniagaan lain. Anda akan menjadi seorang ahli perniagaan yang kompeten dan penuh strategi mampan. 

Anda akan mudah berjalan menuju ke arah ahli perniagaan yang berjaya.  Dengan ilmu perniagaan yang ada.

Badrul Naim

PEMILIK RANGKAIAN BUKU MOTIVASI PERNIAGAAN

bottom of page